WebTrader Start Trading Try a Free Demo Contact Us
Hubungi Kami
Kami beroperasi 24jam dari hari Isnin hingga Ahad.
+61 (0)2 8014 4280

Kadar pertukaran Forex: apakah ia?

Kadar pertukaran forex atau rollover didefinisikan sebagai faedah semalaman yang ditambah atau ditolak untuk pegangan kedudukan terbuka semalaman. Kadar pertukaran ditentukan oleh perbezaan kadar faedah semalaman antara kedua-dua matawang yang terlibat dalam padanan dan sama ada kedudukan tersebut long atau short.

Apa Yang Anda Perlu Ketahui Mengenai Kadar Pertukaran

Pertukaran hanya digunakan apabila kedudukan dibuka sehingga hari dagangan forex berikutnya.

Sesetengah padanan matawang mungkin mempunyai kadar pertukaran negatif pada kedua-dua, ‘long’ dan ‘short’.

Kadar pertukaran dikira dalam point, MetaTrader 4 dan 5 mengubahnya secara automatik ke dalam matawang asas akaun anda.

Setiap padanan matawang mempunyai caj pertukaran sendiri dan diukur pada saiz standard sebanyak 1.0 lot (100,000 unit asas)..

Pada malam Rabu pertukaran dikenakan pada kadar triple daripada kadar yang biasa.

Kadar Pertukaran Semalaman

Anda akan dapat melihat kadar pertukaran terkini dalam Blog Rasmi kami dan juga dari terminal dagangan MetaTrader 4 dan MetaTrader 5 anda dengan mengikuti proses yang digariskan di bawah.

Klik kanan pada mana-mana instrumen di bahagian 'Tinjauan Pasaran', kemudian klik kiri pada pilihan 'Spesifikasi' dari menu dropdown. Tetingkap baru akan dibuka yang menunjukkan kadar pertukaran long dan short untuk padanan yang dipilih.

Mula berdagang dengan
penyedia CFD Raw Spread hari ini
×

Live Support